STATUS ISU SEMANGAT PATRIOTISME DI MALAYSIA PADA MASA KINI





Bercakap kepada pemberita sejurus tiba di sini hari ini, beliau berkata kayuhan basikal itu bermula di Pejabat Daerah Kudat pada 28 Ogos lepas dan mengayuh kira-kira 111 kilometer sehingga ke Kota Belud, sebelum meneruskan kayuhan dari Kota Belud sehingga ke Likas semalam dan meneruskan misi itu ke Kota Kinabalu hari ini.


Program Kayuhan Kemerdekaan 2018 mencipta sejarah tersendiri apabila dua penghidap kanser dalam kumpulan 61 peserta berjaya menamatkan kayuhan sejauh 140 km dari Gemencheh, Negeri Sembilan ke Putrajaya. Bagi Norazlina Esa, 39, dan Zuraidi Mohsin, 47, penyakit yang dihadapi bukan halangan untuk menunjukkan semanagat patriotism kepada Negara.


Seramai 30 pengayuh simpanan turut menyertai kayuhan ini dan menamatkan kayuhan di perkarangan kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Norazlina berkata kepada media massa bahawa kayuhan ini cukup bermakna bagi menunjukkan semangat cinta akan negara walaupun kesihatannya tidak beberapa sihat. Beliau menghidap kanser limfoma dan beliau percaya kayuhan ini akan menguatkan semangatnya untuk sembuh dari kanser. Suami beliau turut menyertai kayuhan ini untuk memeberi semangat kepada Puan Norazlina and beliau berasa bertuah kerana mempunyai suami seperti beliau.


Zuraidi Mohsin berkata, dua tahun lepas disahkan bahawa kanser ini berasa di tahap empat tetapi beliau tidak menganggap ini sebagai halangan untuk mencapai sesuatu matlamat dan kayuhan ini adalah kejayaan pertama.


Selain itu, Eddin Syazlee dalam ucapan penghargaannya menzahirkan kekaguman atas semangat dua peserta itu, satu sikap tidak berputusa asa yang perlu dicontohi oleh semua. Beliau berkata walaupun keperitan pinghidapan kanser dialami oleh kedua-dua orang, mereka tetap menunjukkan semangat patritisme dengan menghabiskan kayuhan ini seperti diingini.






Beliau berkata, dengan sokongan padu daripada keluarga dan rakan-rakan, beliau menguatkan semangat untuk meneruskan kayuhan sehingga berjaya menghabiskan misi ini. Richard Ansin berkata idea untuk melakukan program itu telah wujud sejak beberapa bulan lepas dan niat untuk merealisasikannya akhirnya dapat dilaksanakan apabila beliau menanamkan matlamat untuk menjadi inspirasi kepada generasi baru.

Kalau warga emas boleh merealisasikan aktiviti seperti ini, apatah lagi dengan golongan muda tidak boleh lakukan, Golongan muda boleh menjayakan lebih banyak aktiviti di Negara kita. Beliau berkata kayuhan ini mendorong beliau untuk melakukan lebih banyak kayuhan pada masa akan datang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka mengucapkan tahniah atas kejayaan Richard Ansin kerana berjaya menghabiskan kayuhan basikal itu bagi menyemarakkan lagi semangat patriotiknya kepada negara. Kejayaan beliau memberi perangsang kepada kita bahawa usia bukan penghalang untuk menzahirkan rasa cintakan negara.



Sambutan Hari Kebangsaan 2018 yang pertama kali diadakan di Dataran Putrajaya setelah pelantikkan perdana menteri yang baharu. Rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat menunjukkan semangat semangat patriotism tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama sempena menyambut Hari Kebangsaan 2018. Tema sambutan hari bersejarah ialah Sayangi Malaysiaku disertai ribuan rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan agama yang memenuhi setiap lokasi sambutan di seluruh Negara terutamanya di Dataran Putrajaya. 

Dataran Putrajaya bergema dengan nyanyian lagu Negaraku yang mengiringi acara menaikkan Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), serentak itu 14 das tembakan kehormat turut kedengaran yang melambangkan 14 negeri dalam Malaysia. Acara kemudiannya diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara dan diikuti dengan acara padang yang diwakili oleh ribuan pelajar sekolah. 

Sebagai rakyat Malaysia, Kita patut bangga dengan keamanan negara kita yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa dapat hidup tanpa kekejaman atau pergaduhan antara satu sama lain. Ia adalah tanggungjawab kita untuk mengibarkan jalur gemilang dengan penuh semangat dan memeriahkan sambutan hari kebangsaan setiap tahun. Kemerdekaan bukan sahaja patut diamalkan pada 31 Ogos malah setiap hari. ‘MALAYSIA TETAP DI HATI,’ kekalkan slogan ini dihidup setiap hari. Banggalah dengan keunikan negara Malaysia yang kaya dengan pelbagai tradisi. 




















Comments

Popular posts from this blog

KESAN SEKIRANYA TIDAK MEMILIKI SEMANGAT PATRIOTISME

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME

HALANGAN DAN CABARAN SEMANGAT PATRIOTISME