Rumusan



Patriotisme memainkan peranan penting dalam setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai selama ini. Antara signifikasi patriotisme adalah membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum, menjadi pemacu kepada kemajuan . Negara serta satu pelaburan strategik ke arah keselamatan negara. Kejayaan yang dicapai hari ini bukanlah bergantung kepada individu semata mata tetepi merangkumi semua aspek seperti ke arah patriotisme rakyat. Semangat patrotisme amat penting masa kini kerana kita sedang dilanda oleh ledakan teknologi maklumat dan dunia globalisasi yang menuntut semangat patriotisme yang tertinggi.
       

Walaupun masa telah lama berlalu, tetapi pada hakikatnya penjajahan masih berlaku. Era globalisasi dan informasi teknologi maklumat yang melampaui sempadan secara tidak langsung membuka ruang kepada anasir-anasir yang mampu merosakan Negara. Dunia hari ini dikongkong oleh ideologi media barat yang bersifat neo-colonialisme dan melanjutkan agenda western imperialisasi ke atas Negara membangun. Selagi kita jahil dalam bidang-bidang pengetahuan dan kecekapan yang terdapat di zaman ini, selama itulah kemerdekaan kita mudah digugat dan kita terpaksa tunduk kepada kuasa asing. Semangat patriotisme perlu tersemat dalam sanubari rakyat Malaysia dan dihayati sebaik yang mungkin. Tahap kepekaan yang tinggi akan menjadikan masyarakat Malaysia akan menjadi masyarakat yang berilmu dan sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa-persitiwa yang berlaku di dalam atau di luar negara.

Harapan saya ialah untuk setiap warga Negara Malaysia tanpa mengira kaum , bangsa  atau warna kulit dan mesti mempunyai semangat patriotisme dan mempertahankan Negara daripada ancaman pihak yang tidak bertanggungjawab.

Comments

Popular posts from this blog

KESAN SEKIRANYA TIDAK MEMILIKI SEMANGAT PATRIOTISME

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME

HALANGAN DAN CABARAN SEMANGAT PATRIOTISME