CADANGAN KEPADA PIHAK BERWAJIB UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME
Semangat patriotisme sangat
penting dipupuk dalam diri setiap rakyat Malaysia yang khususnya mempunyai
masyarakat majmuk. Anak jati Malaysia perlulah berjuang menegakkan keadilan
melalui kemerdekaan dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang
berdaulat. Patriotisme sememangnya tidak dapat dipisahkan dari kewujudan
sesebuah negara. Namun kelangsungan semangat patriotisme di kalangan rakyat
khasnya generasi muda tidak akan datang dengan sendirinya. Semangat patriotisme
semestinya perlu terus dipupuk sama ada secara formal mahupun sebaliknya di
kalangan masyarakat sesebuah negara khasnya negara Malaysia yang mempunyai
masyarakat majmuk. Dengan ini, terdapat banyak cadangan untuk memupuk semangat
patriotisme.
Antaranya, cadangan ialah mengadakan sambutan perayaan
beramai-ramai merupakan satu wahana integrasi rakyat pelbagai kaum untuk memupuk
semangat patriotisme. Cadangan ini dapat mengeratkan silaturrahim melalui
penghayatan perayaan dan tuan rumah berpeluang meraikan tetamu yang
datang dan memberikan layanan yang mesra. Majlis rumah terbuka yang diadakan
sempena sambutan perayaan ini akan membolehkan masyrakat berbilang kaum beramah
mesra sambil menikmati juadah yang disediakan bersama-sama. Melalui majlis
seperti ini, akan mewujudkan kasih sayang antara sahabat handai dan jiran
tetangga seterusnya masyarakat setempat yang berbilang kaum.
Seterusnya, cadangan bagi pihak ibubapa ialah individu
yang akan memainkan peranan penting dalam memupuk semangat patriotisme dari
peringkat akar umbi lagi. Ibubapa haruslah menunjukkan contoh yang baik kepada
anak-anak sebagai tanda wujudnya semangat patriotisme contohnya memasang
bendara jalur gemilang di rumah dan kenderaan terutamanya apabila menjelang hari
kemerdekaan. Selain itu, ibubapa juga boleh menerapkan semangat patriotisme
dalam diri anak mereka melalui aktiviti riadah yang dilakukan bersama anak-anak
seperti melawat tempat bersejarah, membacakan buku tentang tokoh
kemerdekaan kepada anak-anak, menonton filem kemerdekaan iaitu filem Hati
Malaya. Aktiviti riadah yang akan memupuk semangat patriotisme dalam diri anak
sejak kecil perlulah dilaksanakan oleh semua ibubapa tidak mengira kaum di
Malaysia. Seperti pepatah ada mengatakan “melentur buloh biarlah dari
rebungnya” jika kita mahu melahirkan individu yang mempunyai semangat
patriotisme kita perlulah pupuk nilai tersebut dari kecil lagi kerana individu
ini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang.
Justeru, cadangan bagi institusi pihak kerajaan ialah
melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk mencapai
objektif yang telah digariskan iaitu meningkatkan semangat patriotisme dalam
kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional,
membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat
kesukarelaan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh
keyakinan diri. Program PLKN ini jelas menunjukkan bahawa objektif utama
pelaksanaannya adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan
generasi muda. Generasi muda merupakan peneraju kepimpinan negara pada masa
akan datang.
Tambahan pula, terdapat cadangan
ialah membuat sambutan Hari Kemerdekaan dengan pengisian program atau aktiviti
yang dapat mengukuhkan semangat patriotisme dalam diri rakyat Malaysia. Seperti
yang kita semua tahu bahawa setiap kali adanya hari sambutan Kemerdekaan
aktiviti wajib dilaksanakan ialah percikan bunga api kemudian diiringi dengan
nyanyian lagu negaraku dan lagu kemerdekaan yang lain. Selain itu, terdapat
juga aktiviti perakaran badan-badan kerajaan, beruniform dan NGO, demostrasi
reformasi yang dilakukan oleh pelajar sekolah khususnya dan sebagainya. kesemua
aktiviti ini melibatkan seluruh kaum di Malaysia keadaan ini mampu memupuk
semangat perpaduan sekaligus memupuk semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat majmuk.
Di samping itu, pihak Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) juga merupakan salah satu cadangan untuk memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Dengan
adanya IPTA dan juga IPTS mampu mengubah masyarakat untuk mencintai serta
menanam sifat patriotisme dalam diri seseorang. Seterusnya juga, membuat
pengubahsuaian memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam
kurikulum di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan,
murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek
tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain,
perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam
peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang
demikian, semangat patriotic itu akan terus subur dalam sanubari
pelajar-pelajar hingga selepas mereka menamatkan pengajian di institusi
pengajian tinggi. IPTA dan IPTS juga boleh menanam semangat ini dengan mengadakan
aktiviti seperti sambutan Hari Kemerdekaan di setiap IPTA dan IPTS. Selain itu
juga, boleh menganjurkan karnival yang boleh membuatkan semua pelajar sertai
dan ada jalinan hubungan semangat patriotisme itu. Secara keseluruhannya,
peranan IPT ini sedikit sebanyak membantu dalam memupuk semangat patriotisme
dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Selain itu, antara cadangan cara
media massa terutamanya media elektronik memainkan peranan dalam memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk ialah media massa mampu
menyebarkan maklumat tentang kepentingan semangat patriotisme melalui iklan di
televisyen contohnya iklan tugu negara. Iklan ini jelas menunjukkan bahawa
semua kaum seharusnya menunjukkan semangat patriotisme kepada negara supaya
kemerdekaan negara dapat dikekalkan. Iklan ini akan memberi kesan kepada
penonton, dimana akan timbul rasa kesedaran dalam diri penonton untuk
meningkatkan semangat patriotisme. Media cetak pula memainkan peranan dengan
memaparkan cerita tentang semangat patriotisme, cerita tokoh-tokoh kemerdekaan
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sebagai mana yang kita tahu bahawa
disebalik kemerdekaan yang dicapai tentu ada orang yang bekerja keras dalam
memperjuangkan kemerdekaan negara sebagai contoh Dato Onn Jaafar. Dalam parti
politik juga menunjukkan semangat patriotisme suatu ketika dahulu. Parti UMNO
merupakan gabungan antara 3 parti iaitu parti MCA dan MIC gabungan ini jelas
menunjukkan bahawa semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk telah
wujud sebelum kemerdekaan lagi, jika masyarakat sebelum kemerdekaan tiada
semangat patriotisme dalam kalangan msyarakat majmuk sudah pasti kemerdekaan
tidak akan dapat dicapai.
Konklusinya, semangat patriotisme
di kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin berkurangan akibat keselesaan
keamanan dan kemerdekaan negara. Pada masa dahulu, semangat patriotisme di
kalangan rakyat sangat menebal kerana semua rakyat ingin bebas dari cengkaman
penjajah. Oleh hal yang demikian, semua rakyat tidak mengira kaum berusaha
bersungguh-sungguh untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Peristiwa
Malayan Union jelas membuktikan semangat patriotisme di kalangan rakyat pada
masa dahulu sangat tinggi. Semua rakyat tanpa mengira kaum sebulat suara untuk
menolak Malayan Union dan mereka menuntut kemerdekaan. Perasaan cinta akan
tanah air itu dan semangat mempertahankan tanah air bukan sahaja ada
dalam diri polis atau tentera malahan rakyat biasa juga. Hal ini kerana semangat
patriotisme dapat membantu dalam pembangunan masyarakat dan ekonomi.
Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan kerajaan dapat dilakukan dengan lebh mudah
kerana masing-masing mempunyai inisiatif untuk membangunkan negara dan dengan
adanya semangat patriotisme juga negara boleh menngorak langkah yang lebih jauh
untuk mencapai negara maju. Namun begitu, semangat patriotisme dalam diri
masyarakat majmuk sekarang semakin pudar. Oleh hal yang demikian usaha-usaha
tersebut perlu dilaksanakan untuk memastikan semangat patriotisme terus subur
dalam diri semua rakyat Malaysia.
bet365 | THA KINDAK CASINO IN SBAIK SBAIK
ReplyDeleteTha KINDAK CASINO. THA KINDAK CASINO, in SBAIK SBAIK SBAIK, is a casino 온카지노 in SBAIK. THA 샌즈카지노 KINDAK CASINO, is a casino bet365 in SBAIK. Tha KINDAK CASINO, is a casino in SBAIK. Tha KINDAK CASINO,