FAKTOR PEMILIHAN ISU PATRIOTISME
Isu-isu
yang berkaitan dengan semangat patriotisme kerap menjadi bahan perbincangan
segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotisme amat
penting dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama. Tujuan utama semangat patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk
memperbaiki dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan semua rakyat.
Sebenarnya terdapat beberapa faktor dan punca semangat patriotisme di kalangan
rakyat.
Faktor
pertama untuk memilih isu patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk
dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan
negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya
anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak
mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan
mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.
Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi
pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat
akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja
bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat
patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong
lebih ramai pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya,
kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi
taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.
Semangat patriotisme juga dapat memupuk
perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang
lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan
wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai program
pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara
kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat
merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.
Faktor lain untuk memilih semangat patriotisme
di kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi
muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat
patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat
patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi
kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai
semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti
gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar
di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran
tentang sejarah negara kepada generasi muda.
Di samping itu, semangat patriotisme di kalangan
rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah
negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan
pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh
itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain
dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah
beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama
di beberapa buah negara jiran.
Kesimpulannya, agenda patriotisme perlu disemarakkan di kalangan
rakyat Malaysia dan bukan hanya bermuslim. Sebagai sebuah negara berbilang
bangsa, maka tanggungjawab mempertahankan negara perlu dipikul oleh semua
rakyat. Semangat patriotisme perlu dihayati kerana ia adalah teras kepada
pertahanan negara. Oleh itu, kita perlu suburkan kembali jiwa yang sebenarnya.
Dengan nikmati Kemerdekaan yang dikecapi kini, kita perlu bergerak maju dan
pada masa yang sama menghapuskan saki-baki penjajah yang masih lagi bersarang
dalam jiwa masyarakat. Semoga negara dan bangsa Malaysia akan terus maju dengan
semangat patriotisme sejati.
Comments
Post a Comment