KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME
“Anak
umpama biji benih,
Lontar
ke laut menjadi pulau,
Lontar
ke udara menjadi kejora,
Lontar
ke darat menggunung sasa.”
Sebahagian gurindam di atas menunjukkan peri pentingnya watak remaja bagi sesebuah negara. Remaja merupakan tulang belakang sesebuah negara yang bakal menjadi umaak pada masa depan persis kata melayu “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Presiden Parti Indonesia pernah mengatakan bahawa “berikan saya seratus remaja nescaya akan menggoncang dunia”. Pada era pascamerdeka ini, negara kita telah mencapai tahap berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara moden yang lain. Namun begitu, remaja kini perlu disemaikan semangat patriotisme yang mendalam untuk mengekalkan pembangunan negara. Janganlah dilupakan pesanan ahli filsuf Tao yang mengatakan bahawa jika kita ingin hidup setahun, tanamlah gandum, jika kita ingin hidup sepuluh tahun, tanamlah pokok, jika kita ingin hidup selama-lamanya, tanamlah jiwa remaja.
Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkan dalam kalangan masyarakat.Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing terutama di kawasan bandar.Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik dan malahan mereka lebih mengagungkan budaya barat manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan.Semangat patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kecil lagi.
Selain itu , kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai
cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik seperti pepatah melayu mengatakan
" Melentur buluh biarlah dari rebungnya ''.Mereka perlu diberi
pendedahan akan kepentingan semangat patriotisme dalam diri mereka . Ibu bapa
seharusnya memainkan peranan penting dengan mendidik mereka tentang sejarah
kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi
tanah air. Kanak-kanak akan mengingati jasa tokoh - tokoh dan pahlawan tanah
air supaya menjadi teladan dan bimbingan untuk mereka pada masa hadapan .Sikap
yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal sehingga
dewasa.Semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut
akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.
Seterusnya , perpaduan rakyat Malaysia yang berbeza
bangsa, latar belakang dan agama akan mudah diprovokasi dan diadu domba oleh
pihak yang mempunyai kepentingan mereka sendiri. Dengan kefahaman patriotik
yang tinggi , pemeliharaan dan pemerkasaan perpaduan dapat dibentuk dengan
mudah. Dengan itu, peristiwa yang dapat menggugat keamanan negara seperti
peristiwa 13 Mei yang telah menjadi isu perkauman negara .
Di samping itu , kestabilan ekonomi sesebuah negara tidak dapat dikekalkan jika masalah-masalah dalaman yang telah mereka hadapi atau sedang harungi, tidak dirungkai. Rakyat Malaysia perlu sedar betapa pentingnya nilai patriotisme bagi memupuk semangat perpaduan yang tinggi sekali gus menentukan hala tuju negara ke arah negara maju yang kukuh. Kejayaan yang telah dicapai pada hari ini bukanlah bergantung kepada individu semata-mata, tetapi merangkumi semua aspek seperti ke arah patriotisme rakyat.
Kepentingan semangat patriotisme juga harus disemaikan
dalam diri remaja ialah dapat meningkatkan jati diri seseorang dan semangat
untuk mempertahankan negara dan berbakti pada negara. Remaja yang cinta akan
tanah air tidak akan melakukan gejala jenayah atau terjerumus dalam kegiatan
negatif seperti merokok, menghisap dadah, merogol, merompak dan
sebagainya.Sebaliknya, mereka akan mempunyai jati diri yang kukuh dan dapat
menunjukkan potensi kecemerlangan diri demi negara tercinta. Mereka akan
menguruskan masa mereka dengan melakukan perkara yang berfaedah.
Sehubungan itu, semangat patriotisme amat penting untuk
menjamin perpaduan kaum dan keharmonian negara. Masyarakat yang mempunyai
semangat patriotisme akan saling bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama
lain untuk menjamin keselamatan negara . Sepertimana yang kita tahu, Malaysia
merupakan negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya seperti
kaum melayu , cina , india dan sebagainya.“Jiran sepakat membawa berkat” iaitu
seseorang individu tidak dapat berdiri dengan sendiri malah saling memerlukan
antara satu sama lain . Secara eksplisit , dengan semangat patriotisme
yang mendalam , keharmonian negara akan terjamin. Bak kata pepatah,bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh. Dengan ini , demi mencapai persefahaman
antara kaum pelbagai usaha telah kerajaan lakukan.
Justeru, patriotisme adalah ejen sosialisasi yang berkesan dan mantap
untuk mengekalkan kemerdekaan sehingga pada masa akan datang. Bagaimanapun,
terdapat banyak kekangan untuk mencapai objektif ke arah sifat patriotisme ke
arah negara bertamadun tinggi. Sehubungan dengan itu, perlunya inti pati
semangat ini diselitkan dalam pendidikan negara terutama dari sekolah rendah.
Oleh itu, pendidik perlu menyemai semangat patriotisme dengan lebih kreatif
supaya pelajar dapat menjiwai dengan lebih mendalam.
Comments
Post a Comment