HALANGAN DAN CABARAN SEMANGAT PATRIOTISME



Halangan dan Cabaran Dalam Penyemaian Patriotisme di Malaysia.Terdapat beberapa faktor yang menghalang usaha menyemai dan menyubur semangat patriotisme di kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum atau masyarakat majmuk. Pertama ialah nilai-nilai individualisme. Sikap ini merujuk kepada mementingkan diri tanpa menghiraukan kepentingan negara dan masyarakat. Mereka yang mengamalkan sikap ini akan berusaha agar diri mereka didahulukan dari kepentingan negara jika berlaku sesuatu hal seperti negara mengalami kegawatan ekonomi atau berada dalam peperangan, maka mereka akan melarikan diri ke 6 negara lain. Sikap ini semakin merebak dalam masyarakat yang boleh ditandai melalui perkembangan sikap ‘individu autonomi' atau individu berdaulat. Kedua ialah, era globalisasi dan liberalisme. Era globaliasi dan liberalisme merujuk kepada negara tanpa sempadan, perdagangan bebas, kemasukan budaya asing dengan mudah dan sebagainya. Situasi ini akan melahirkan masyarakat yang bebas, mudah terpengaruh dengan budaya asing yang negatif, ekonomi negara dikuasai oleh syarikat multinasional dan sektor pelaburan dimonopoli oleh negara maju.

          Akibatnya, kedaulatan negara akan tergugat dan masyarakat akan terikut dengan budaya asing dan seterusnya, semangat cintakan negara akan terkubur. Inilah yang dibimbangi oleh Perdana Menteri iaitu globalisasi menyebabkan negara menjadi hanya sebuah daerah dunia, dan pada ketika itu sukar untuk memupuk semangat patriotisme pada sebuah negara yang tidak wujud lagi. Ketiga ialah sikap prasangka. Ia merupakan tindakan menyangka dahulu berasaskan generalisasigeneralisasi umum (steriotaip) tanpa bukti yang kukuh dan biasanya merupakan sangkaan buruk. Jika ini telah menjadi steriotaip, ia akan sukar diubah walaupun ada bukti untuk menafikannya. Sebagi contoh, jika masyarakat bukan Melayu menganggap Malaysia adalah tanah air bagi masyarkat Melayu dan bukan Melayu sebagai pendatang, maka ia akan menyebabkan semangat patriotisme itu sukar untuk disemai dalam diri masyarakat bukan Melayu. Ini ditambah lagi dengan masyarakat berbilang kaum di mana sifat prasangka antara kaum masih lagi dijiwai oleh rakyat. Keempat ialah sentimen perkauman, Ia merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri. Fenomena ini wujud dalam aspek ekonomi, politik dan sosial di mana setiap kumpulan etnik akan mementingkan kumpulannya sahaja. Ini ditambah lagi dengan pemisahan fizikal tempat kediaman, perbezaan sosio-ekonomi di kalangan kaum dan perbezaan budaya pula ditonjolkan dalam
setiap kehidupan. Keadaan ini akan membawa kepada perjuangan kepentingan kaum dari kepentingan negara. Dalam masyarakat berbilang kaum, agama dan keturunan, isu patriotisme lebih mencabar kerana unsur keturunan dan agama boleh mempengaruhi jiwa dan idealisme seseorang. Ini kerana mereka akan menjaga survival diri dan kelompoknya sahaja tanpa mengutamakan kepentingan bangsa dan negara.
     

















Comments

Popular posts from this blog

KESAN SEKIRANYA TIDAK MEMILIKI SEMANGAT PATRIOTISME

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME