MAKSUD SEMANGAT PATRIOTISME


Image result for berbilang kaum
Apakah maksud PATRIOTISME? 
      
     Patriotisme berasal dari kata Patriot yang ertinya adalah  pembela tanah air serta semangat cinta akan negara . Pengertian patriotisme adalah sikap untuk selalu mencintai atau membela tanah air, seorang pejuang sejati, pejuang bangsa yang mempunyai semangat, sikap dan perilaku cinta tanah air, dimana ia sudi mengorbankan segala-galanya bahkan jiwa sekalipun demi kemajuan, kejayaan dan kemakmuran tanah air.

      Patriotisme boleh dikaitkan dengan perasaan kasih ­sayang dan hormat kepada tanah air kita. Ia adalah satu perasaan semula jadi yang mendorong seseorang untuk bekerja keras demi pembangunan negara, melin­dungi warisan dan budaya serta negara daripada dimusnahkan oleh anasir luar atau dalaman.
       
      Patriotisme juga dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi  namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya . 

     Seterusnya, patrotisme bermakna semangat kekitaan yang menyatukan rakyat. Ia biasanya disimbolkan dengan mengibarkan bendera dan menghormati lagu kebangsaan negara kerana bendera kebangsaan melam­bangkan semangat patriotik, ke­­­­­­­banggaan, perpaduan dan ke­­­­setiaan kepada negara. Di bawah bendera yang sama Jalur Gemilang, Malaysia mencapai kemerdekaan dan membina ke­hidupan ­rakyatnya dengan harmoni tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama.

    Semangat Patriotisme ini mampu mempengaruhi masyarakat untuk mengutamakan kepentingan negara berbanding dengan kepentingan diri.Kepentingan semangat patriotisme ini akan  membina nilai-nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum yang menjadi penggerak ke arah kemakmuran dan pembangunan negara. Bak kata pepatah "Bagai aur dengan tebing " .

Image result for kibar jalur gemilang










Comments

Popular posts from this blog

KESAN SEKIRANYA TIDAK MEMILIKI SEMANGAT PATRIOTISME

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME

HALANGAN DAN CABARAN SEMANGAT PATRIOTISME